top of page

Arah sokongan pengundi muda berdasarkan kajian, bukan tohmahan



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia menolak kenyataan Ketua Penerangan Pas Malaysia Ir Khairil Nizam Khirudin yang mendakwa Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menghina pengundi muda dalam Konvenysen PH Kedah pada 25 Februari lalu.


Menurut Setiausaha AMK Malaysia, Omar Mokhtar A Manap, ungkapan Saifuddin dalam konvensyen itu jelas berlandaskan fakta dan kajian arah sokongan pengundi pada Pilihan Raya Umum ke 15 lalu dan bukannya ucapan semberono.


Katanya, ungkapan 'anak muda yang berpelajaran menyokong PH dan anak muda kurang berpendidikan menyokong PN' adalah berdasarkan data dari agensi kerajaan dan kajian yang rapi, bukan direka reka oleh Menteri Dalam Negeri tersebut.


"AMK Malaysia menempelak kenyataan Ketua Penerangan Pas Pusat kononnya Datuk Seri Saifuddin telah menghina pengundi muda yang mengundi Perikatan Nasional pada PRU15 lalu.


"Tanpa sikap bertanggungjawab, Khairil Nizam juga telah mengambil petikan ucapan yang tidak lengkap serta dilihat sengaja memanipulasi kenyataan Datuk Seri Saifuddin demi kepentingan politik parti beliau dan sangat jauh dari konteks sebenar yang diungkapkan.


"Untuk makluman, ucapan Datuk Seri Saifuddin sebenarnya merupakan pembentangan ilmiah yang beliau lakukan sewaktu Konvensyen itu, bukannya ucapan sindiran atau sebagainya," kata Omar dalam satu kenyataan.

DS Saifuddin dalam pembentangan di konvensyen

Menurut beliau lagi, pembentangan tersebut khusus ditujukan kepada pimpinan dan perwakilan PH Kedah yang hadir bagi memberikan gambaran dan pemahaman terhadap situasi sebenar yang berlaku dalam PRU15.


Semua fakta, katanya berasaskan analisa, data dan angka yang dipertontonkan untuk dijadikan persediaan mendepani Pilihan Raya Negeri pada Jun ini.


"Sewaktu pembentangan tersebut, ada situasi yang dipertontonkan dilihat menyebelahi PH dan ada juga yang sebaliknya.


"Secara jelas Datuk Seri Saifuddin terangkan bahawa pasukan data beliau menganalisa data daripada SPR serta Jabatan Perangkaan yang turut merangkumi taraf pendidikan serta anggaran pendapatan dan lokaliti," katanya.


Omar jelas kecewa dengan Khairil yang tidak mengungkapkan ayat penuh ucapan Saifuddin pada majlis tersebut tetapi menggunakan potongan tertentu sebagai bahan kecaman.


Katanya, tanpa melihat dalam konteks penuh ayat yang diucapkan maka tidak wajar Ketua Penerangan Pas itu melontarkan kritikannya.


"Oleh itu, saya menyeru agar pimpinan politik agar lebih bertanggungjawab. Hentikanlah mainan politik ke arah perseteruan atau mewujudkan sebarang sentimen yang boleh mendatangkan fitnah dan perpecahan di kalangan masyarakat.


"Marilah bersama-sama menyambut seruan Perdana Menteri dalam mempelopori sebuah Malaysia Madani yang antaranya memberi fokus kepada perpaduan rakyat," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page