top of page

Anwar tolak tuduhan pemerintahan diktator



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan sesetengah pihak mendakwa beliau menjalankan Kerajaan Perpaduan secara pemerintahan diktaktor.


Menjawab kritikan pembangkang mengenai perjanjian kerjasama dengan komponen parti dari Malaysia Timur dibuat selepas Kerajaan Perpaduan terbentuk kerana pentadbirannya tidak kukuh, Anwar berkata perkara itu diperlukan untuk kestabilan politik.


"Perjanjian itu diadakan dalam kerajaan (kerana) ketika itu majoritinya ketika itu terlalu kecil," jelasnya.


Presiden KEADILAN itu turut mengulas mengenai usul undi percaya terhadapnya di Dewan Rakyat baru-baru ini yang cuba diremehkan musuh-musuh politiknya.


Beliau menegaskan usul keyakinan itu dibuat kerana pembangkang sendiri telah mencabar dan mempersoalkan kesahihan sokongan yang diperoleh.


"Usul undi percaya ini (kerana) dicabar oleh pembangkang. Mereka berkata Anwar tidak mempunyai sokongan... dan dalam sistem demokrasi, cara terbaik untuk membuktikannya adalah melalui undi percaya atau undi tidak percaya.


"Jadi, saya kemukakan (usul) ini dan alhamdulillah kami mendapat sokongan padu. Jadi persoalan saya, di mana diktatornya? Adakah saya melanggar undang-undang?" soalnya pada program 'Naratif Khas Bersama Perdana Menteri' malam tadi.


Sementara itu, Anwar turut menjawab dakwaan beliau akan mengiktiraf komuniti LGBT (lesbian, gay, biseksual, dan transgender), konsep negara sekular dan ideologi komunis seperti didakwa beberapa pemimpin pembangkang sebelum ini.


Menyifatkan dakwaan itu sebagai satu pembohongan, Anwar menegaskan ia tidak mungkin akan berlaku di bawah pentadbirannya.


"Kadang-kadang ahli politik ini kedangkalan. Itu nyata, umpamanya ada yang mengatakan bahawa jika Anwar menjadi Perdana Menteri maka Islam akan hancur, sekularisme dan komunisme akan bertapak, dan LGBT akan diiktiraf.


"Ini hanya igauan siang hari. Sudah tentu ia tidak akan berlaku dan inshaAllah di bawah pentadbiran saya ini tidak mungkin akan berlaku," katanya.


Ditanya mengenai saman yang difailkannya terhadap beberapa individu, Anwar berkata ia adalah kerana tuduhan mereka menyentuh kuasanya sebagai pemimpin.


"Beribu-ribu tuduhan dibuat, fitnah dilemparkan dan sudah berpuluh tahun saya terima tetapi jika saya rasa terlalu banyak kerana mereka mempersoalkan kewibawaan dan kredibiliti saya sebagai pemimpin, maka mereka harus diajar bahawa kebebasan ini bukan kebebasan memfitnah.


"…kita guna agama, lepas tu fitnah, qazaf (tuduhan), saya nak minta guru-guru mereka, ustaz (Pas), ajar dulu sebelum ajar orang lain," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page