top of page

Kalau proses mengundi laju, kenapa proses vaksinasi tidak boleh?


Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat tinjauan terhadap proses vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Petaling di Sunway Pyramid Convention Centre hari ini.


Ketua Pembangkang itu menyifatkan proses vaksinasi berada dalam keadaan teratur setakat ini dan berterima kasih kepada para petugas.


"Selain menghargai apa yang dilakukan, kita perlu memastikan jumlah vaksin dibawa masuk lebih banyak dan kemudahan yang disediakan kalau boleh lebih dari apa yang dilakukan.


"Ada cadangan untuk semua klinik kesihatan, tetapi ini tertakluk kepada vaksin. Kita tengok hari ini doktor melaporkan tiada masalah, orang sedia datang. Malah, ada yang daftar belum dipanggil pun tunggu untuk dapatkan vaksin.


"Masalah pokok adalah, menyegerakan perolehan vaksin dan memastikan pengendalian cukup teratur dan lebih meluas.


"Kita dapat saksikan PPV di Kuala Lumpur dan Selangor memang lancar kerana kehadiran lebih tepat dan segera tapi PPV di di desa dan pedalaman itu perlukan jentera kerajaan sepenuhnya.


"Kita tak boleh terima alasan bahawa orang tak daftar maka tak boleh didaftarkan, kerana masa pilihan raya, semua jentera boleh kenalpasti, mengajak dan merayu orang keluar mengundi.


"Jadi alasan orang lambat daftar dan alasan orang enggan itu alasan remeh, menunjukkan tidak cukup kesediaan komitmen dan iltizam pemerintah, jentera kerajaan.


"Setakat ini, pegawai kerajaan yang diamanahkan baik negeri atau persekutuan, pegawai perubatan kerajaan dan swasta kesediaan untuk bekerjasama menyelesaikan masalah ini, dan ini boleh disegerakan.


"Kadar kematian bertambah, kadar jangkitan bertambah tetapi penyelesaiannya vaksin, tentunya perlu mengikut SOP dan tidak meremehkan peraturan sedia ada," katanya.


Pada masa sama, Anwar mendedahkan pasukannya yang diketuai Dr Wan Hasni Sulaiman telah pun membentangkan maklumat yang diperoleh mengenai data saintis mengenai Covid-19 kepada Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang dipengerusikan oleh Tun Arifin Zakaria.


"Tun Arifin telah memberi ruang untuk kita sampaikan mengenai data untuk memperbaiki cara pengumpulan data ketika ini.


"Sekarang ini kritikan terhadap Mysejahtera, RM70 juta disediakan tetapi banyak lagi syarikat tempatan mampu mengendalikan lebih baik," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page