top of page

Anwar mampu pimpin Kerajaan Perpaduan yang stabil



Perdana Menteri (PM) Malaysia ke 10 dijangka akan mampu untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan yang stabil.


Hal itu diungkapkan oleh pensyarah kanan kajian politik UTM, Dr Mazlan Ali dalam forum bertajuk "Kabinet Anwar, Harapan Rakyat", malam tadi.


Jelasnya, Kerajaan Perpaduan yang dibentuk Datuk Seri Anwar Ibrahim agak mengejutkan pemerhati politik kerana berjaya menggabungkan parti parti yang bermusuhan sebelumnya untuk bersama demi memulihkan negara yang bermasalah.


"Kerajan di bawah PM Anwar sekarang boleh kita kata Kerajaan Perpaduan. Mereka melupakan permusuhan selama ini untuk memperbaiki negara kita. Kerana negara dalam situasi yang perlu diselamatkan, keadaan rakyat hilang pendapatan, tekanan kos kehidupan sebab pandemik Covid, krisis ekonomi dan kejatuhan matawang. Ini perlu disegerakan


"Saya sebenarnya rasa agak terkejut dengan kematangan politik yang ditunjukkan. Terutama parti dari BN dan juga Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang jelas kita lihat sebelum ini BN adalah musuh ketat PH. GPS enggan bersama PH, kali ini mereka kerjasama atas nama semangat untuk memperbaiki negara


"Saya melihat Anwar PM 10 hari ini mempunyai peluang yang luas kerana disebut ada sokongan 148 kerusi dari PH, BN, GPS, GRS, Warisan dan beberapa parti kecil lain.


"Itu membuka ruang kepada Anwar mewujudkan kerajaan yang stabil," katanya.


Bagaimanapun, kata beliau, sedikit yang meresahkan rakyat ketika ini adalah pembentukan kabinet yang mengambil masa lebih lama daripada biasanya.


Namun kata Dr Mazlan, berdasarkan pengalaman luas Anwar di dalam kerajaan sebelum ini, beliau menjangkakan hal itu akan dapat ditangani dengan baik.


"Cuma meresahkan rakyat kabinetnya yang katanya yang sepatut diumum (semalam) tetapi mungkin beberapa perkara teknikal maka ia belum dapat lagi. Saya fikir selepas dikemukakan barisan kabinet ini rakyat akan bertambah teruja dengan kerajaan baru.


"Saya yakin Datuk Seri Anwar berpengalaman 16 tahun dan trak rekod cemerlangnya, saya rasa Anwar ada misi yang mengubah rentak negara. Kita diberitahu keadaan matawang yang semakin baik dan petunjuk ekonomi yang memberansangkan," katanya.


Dalam pada itu, Dr Mazlan bersetuju serta menyokong pendapat Anwar bahawa saiz kabinet seharusnya dikurangkan kepada sekitar 25 menteri sahaja.


"Anggota kabinet ialah Menteri penuh dan PM. Saya fikir jumlah 25 itu agak kompak. Mesti dipastikan menteri kabinet ini mesti ada ketrampilan dan mereka boleh laksanakan tugas mereka dengan cemerlang. Kerana kabinet kompak ini mencerminkan keefisienan. Di mana mereka mesti merangka sesuatu polisi dengan cekap.


"Kabinet lalu yang 70 orang itu sesetengah kementerian ada 2 timbalan menteri. Bagi saya terlalu banyak sampai ada yang kita tak kenal pun.


"Kementerian Kesihatan ada dua timbalan tetapi waktu pandemik Covid yang keluar ialah Ketua Pengarah Kesihatan. Jadi kita nampak tidak ada fungsi," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page