top of page

Anwar larang budaya cenderahati, bebankan kakitangan



Perdana Menteri (PM) Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan arahan agar kakitangan kerajaan tidak memberi cenderahati kepada pembesar negara sepertinya dalam sebarang pertemuan kerana membebankan mereka.


Beliau berkata demikian dalam jamuan meraikan pelantikannya sebagai PM 10 oleh para reformis di kediamannya di Sungai Long, Kajang, malam tadi.


"Saya tak mahu ada budaya cenderahati kerana ini membebankan. Pertama, ia melanggar etika, akhlak kerana orang bagi itu sebab jawatan, kedua dia membebankan


"Pengalaman saya jadi Menteri Belia dan Sukan ke Kelantan waktu itu. Pengarah Kebudayaan, Belia dan Sukan, beri samping (pakaian) dan macam macam. Saya kata peruntukan mana? Dia kata bukan wang kerajaan, dia kutip semua staf. Bagi saya tak munasabah sebab gaji saya 10 kali ganda gaji staf.


"Maka saya beri arahan (larang cenderhati). Hari ini saya keluarkan arahan semula. Tetapi kalau nak beri pisang (tanam sendiri) ke apa, ok lah," katanya.


Ahli Parlimen Tambun itu juga mengingatkan para reformis penyokong setianya tentang erti kemenangan setelah pertempuran getir selama 24 tahun, bahawa mereka seharusnya meraikan kemenangan dengan mengucap segala puji bagi Allah.


"Ini beza dia. Kemenangan itu bukan untuk kita tunjukkan kemegahan kita tetapi istighfar kerana kita juga telah banyak lakukan kesilapan sebelum ini


"Tetapi apa yang perlu, iaitu untuk jadikannya satu kekuatan untuk laksana tanggungjawab. Sebab itu dalam seminggu ini saya tidak jawab sangat serangan dan fitnah.


"Kita tumpu laksanakan dan kita buktikan baik atas nama budaya Melayu dan akhlak Islam. Atau jaminan kemanusiaan bagi setiap warga berbilang bangsa. Inilah masa kita beri makna apa erti keadilan bagi semua rakyat," katanya.


Di samping itu, Anwar berterima kasih tidak terhingga kepada pejuang reformasi yang setia selama dua dekad.


Tanpa keteguhan semangat juang reformis yang menghabiskan suku umur hidup demi membawa perubahan, beliau tidak akan menjadi PM sebagaimana hari ini.


"Tidak ada asas kemenangan kalau tidak dipupuk oleh puak reformis daripada awal. Tidak ada kemenangan kalau tidak istiqamah, sanggup tunggu, tidak makan ugutan, tidak dibeli. Tapi dalam perjalanan panjang ada yang tempang, lelah, meninggal dunia.


"Tetapi kita yakin, tidak hari ini, hari esok, tidak tahun ini, tahun depan, tidak dekad ini dekad depan. Lawan tetap lawan, lawan sampai menang.


"Dan kemenangan sebenar adalah dapat keredaan Allah dengan menegakkan keadilan," katanya lagi.

0 comments

Opmerkingen


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page