top of page

Anwar beri penghormatan pejuang kemerdekaan Filipina, José Rizal

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 2, 2023
  • 1 min read


Hari kedua lawatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Filipina, beliau memberi penghormatan negara kepada pejuang kemerdekaan Filipina José Rizal di Rizal Park, Manila.


"Taman itu dinamakan atas nama José Rizal sebagai mengingati beliau yang dihukum bunuh di kawasan taman tersebut. Ia adalah peristiwa terpenting dalam menyemarak obor Revolusi Filipina mendobrak imperialisme Sepanyol sekitar kurun ke-19.


"Novel “Noli Me Tangere” yang ditulis oleh Rizal adalah antara bahan bacaan terpenting yang mesti ditelaah semua sebagai menyemangati semangat ‘Asian Renaissance Man’ itu, terutamanya dalam memungkinkan keadilan dan kesaksamaan," katanya.


Terdahulu, malam tadi, Anwar serta delegasi diraikan dalam acaran makan malam yang dihoskan oleh Presiden Ferdinand "Bongbong" Romualdez Marcos Jr di Istana Malacañan.


Acara makan malam tersebut turut disertai mantan Presiden Filipina Ke-14 Gloria Macapagal Arroyo bersama tetamu kehormat lain.


PM Malaysia dan delegasi diraikan dalam majlis makan malam

"Semasa menyampaikan ucapan ringkas, saya menghimbau hubungan akrab kedua-dua negara serta jaringan persahabatan yang terbina secara peribadi antara saya dan rakan-rakan di sini sejak tahun-tahun lampau.


"Dukungan yang diberikan tentunya tidak pernah saya lupakan, dan ternyata ia memberi semangat untuk menempuh saat-saat derita dan gempita dahulu.


"Semoga hubungan erat ini terus kuat dan padu dan memanfaatkan rakyat kedua-dua negara di tahun-tahun mendatang," katanya.


Sebelum itu, Anwar dan Marcos mengadakan sidang media bersama. Anwar yang sering mengungkap kata kata pejuang Filipina Jose Rizal di persidangan antarabangsa dihadiahkan novel asal “Noli Me Tángere” yang dikarang Rizal dalam bahasa Sepanyol.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page