top of page

'Anthony Loke orang pertama ingatkan tentang kapal Israel' - PM



Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook adalah orang pertama yang memperingatkan kepada beliau tentang wajarkah kapal Israel diberi kebenaran berlabuh di negara ini.


Perdana Menteri (PM) berkata pemimpin DAP itu berkata adakah kerajaan ingin mengekalkan dasar yang diambil pada tahun 2002 apabila memberikan kebenaran kepada kapal berpangkalan di Israel berlabuh di pelabuhan negara ini.


"Saya sebut kepada Anthony Loke kerana dia yang pertama ingatkan saya apakah harus kita perlu teruskan dengan dasar yang telah dibuat pada tahun 2022 dengan membenarkan (kapal Israel berlabuh), saya kata ini tidak mungkin satu negara merdeka dan berdaulat dan punyai peri kemanusiaan dan benci dengan kezaliman serta pembunuhan anak-anak dibiarkan berleluasa tanpa tindakan.

"Kita tidak ada kekuatan lebih daripada itu tapi sekurang-kurangnya kita ada kesungguhan dan tekad untuk membetulkan keterlaluan," katanya ketika berucap merasmikan Peluncuran Pangkalan Data Utama (PADU) hasil insiatif Kementerian Ekonomi di Putrajaya hari ini.


Terdahulu dalam ucapannya Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau bersyukur kerana terdapat ketegasan dalam kalangan Jemaah Menteri terdiri daripada pelbagai kaum dalam dasar utama berhubung penentangan terhadap kekejaman Israel ke atas rakyat Palestin.


"Atas nama kemanusiaan kita tidak lagi mengikut pendekatan lama termasuk umpamanya bicara dengan keras tentang jenayah dan pencerobohan ke atas Paletin dan Gaza tetapi dalam masa sama secara senyap beri kebenaran kepada penerbangan mereka (Israel) dan kapal-kapal mereka berlabuh di sini.


"Saya mengucapkan terima kasih kepada menteri pengangkutan kerana mengingatkan saya tentang hal ini patut... dilarang kemasukan kapal Israel.


"Ya ia melibatkan sedikit kerugian tetapi saya percaya lebih banyak keberkatan kerana kita menunjukkan ada keyakinan dan sifat peri kemanusiaan, jadi terima kasih," katanya.


Pada 20 Disember lalu, Perdana Menteri dalam kenyataan berkata kerajaan memutuskan syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, ZIM kini dilarang daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.


Beliau berkata, Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan segera dengan mengenakan larangan kekal terhadap syarikat ini berkuatkuasa serta-merta.


Sekatan ini adalah tindak balas terhadap tindakan Israel yang mengenepikan prinsip asas kemanusiaan dan melanggar undang-undang antarabangsa menerusi pembantaian dan kekejaman berterusan terhadap warga Palestin.


Untuk rekod, Kabinet pada 2002 mula membenarkan kapal milik syarikat ini berlabuh di Malaysia. Pada 2005, Kabinet ketika itu memberi kebenaran kepada kapal tersebut untuk mendarat di Malaysia.


"Namun, kerajaan hari ini memutuskan untuk membatalkan semua keputusan Kabinet lalu. Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia turut memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh di negara ini," katanya dipetik.


Perdana Menteri berkata, Malaysia juga mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia.


Pada Mei 2021, Kementerian Pengangkutan mengesahkan pesawat Boeing 737-400 milik syarikat Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta) mendapat kebenaran melalui ruang udara Malaysia sebelum mendarat di Singapura.


Pesawat itu melalui ruang udara negara berlepas dari Malé, Maldives dan menuju ke Paya Lebar, Singapura pada hari Rabu, 19 Mei 2021 pada pukul 2.55 pagi.


Sebelum itu, kewujudan pesawat prototaip pengintip bernombor pendaftaran 4X-AOO milik Israel ketika dalam penerbangan dari Tel-Aviv ke Singapura memasuki ruang udara negara dan berlegar empat jam sebelum mendarat menimbulkan kegusaran yang banyak diluahkan di media sosial.


Pesawat itu dikesan memasuki ruang udara Malaysia menerusi laman web Flight radar sebelum dilaporkan beberapa agensi berita tempatan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page