top of page

Ambil semangat demokrasi, usul kerajaan perlu disokong pembangkang

Updated: Nov 18, 2023



Oleh: Helmi Mohd Foad


Beberapa mekanisme boleh ditambah baik bagi menentukan sama ada tindakan seseorang Ahli Parlimen menyokong pihak parti lawan turut dianggap sebagai keluar parti.


Pensyarah Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata langkah itu boleh dilakukan tanpa perlu menarik balik Akta Anti Lompat Parti 2022 yang telah berkesan mengekalkan kestabilan politik negara.


"Sebelum ini berlaku pertukaran kerajaan sebanyak tiga kali, (dengan) Langkah Sheraton sebelum itu...menjadikan keadaan tidak stabil dalam negara.


"Keadaan politik stabil dan tidak berlaku perubahan kerajaan seperti berlaku dulu dan banyak juga kerana faktor adanya akta ini yang halang Ahli Parlimen bertukar parti sesuka hati, kita tidak perlu pinda atau tukar kepada akta baharu," katanya dalam program bual bicara Kata Sumber terbitan portal Sumberkini semalam.


Turut tampil sebagai ahli panel ialah Pengarah Komunikasi UMNO Datuk Lokman Noor Adam.


Mohd Azizuddin berkata langkah berhubung anti lompat parti boleh diambil dengan membuat pindaan dalam perlembagaan parti sebagaimana dilakukan DAP apabila menetapkan sebarang perbuatan melanggar arahan parti boleh dianggap keluar parti.


"Seperti dilakukan DAP, mereka meminda perlembagaan, apa saja tindakan di luar arahan parti dianggap lucut terus daripada jawatan Ahli Parlimen.


"Saya rasa banyak perkara perlu bincang untuk menghalusi prospek kepada akta lompat parti, saya rasa perlu dikekalkan tapi ada penambahbaikan dilakukan," katanya.


Sambil menolak untuk menggunakan istilah lompong terhadap akta itu, Mohd Azizuddin berkata negara ini perlu juga mengambil semangat sistem demokrasi seperti di Amerika Syarikat dan United Kingdom yang memang pernah berlaku usul dibawa oleh pihak kerajaan bukan sahaja disokong oleh penyokong kerajaan malah pembangkang.


"Ini diterima pakai dan itu semangat digunakan ketika digubal akta ini, cuma parti politik di negara ini rasa tidak puas hati apabila ada usul yang dibawa sesuatu parti ada parti lain beri sokongan atau dalam konteks ini beri sokongan kepada Perdana Menteri dan itu dianggap tidak mendengar pandangan parti," katanya.


Mohd Azizuddin berkata peruntukan dalam akta tersebut jelas menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri tidak membuatkan Ahli Parlimen terlucut jawatan atau terkeluar daripada parti.


Namun jelasnya perkara itu mungkin mempunyai faktor yang dinamik di mana terdapat rasa tidak puas hati dengan beberapa keputusan kepimpinan parti yang tidak mahu berunding dengan kerajaan.


"Matlamat sebenarnya adalah untuk membentuk kerajaan stabil dan dalam sesi Parlimen, Perdana Menteri menyatakan akan meluluskan peruntukan kepada pembangkang tetapi kena berunding seperti mana beliau melakukan CSA (Confidence Supply Agreement) dengan Ismail Sabri.


"Tetapi hasrat itu tidak tertunai kerana PN tidak mahu berunding dan ada Ahli Parlimen kecewa dan ambil tindakan dengan memberikan sokongan dengan harapan diberikan bantuan untuk mentadbir kawasan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page