
Kerajaan Perpaduan akan membentangkan Akta Tanggungjawab Fiskal pada tahun ini bagi menjamin ketelusan.
Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) berkata demikian di Dewan Rakyat dalam sesi tanya jawab PM.
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (PH - Parit Sulong) mengenai apakah yang dilakukan Kerajaan mengenai dasar kewangan negara.
"Pemberian subsidi lebih bersasar. Berbeza dengan pentadbiran lalu yang memberikan subsidi kepada orang kaya.
"Dalam bidang elektrik orang dalam kategori terkaya harus bayar (penuh) tetapi tidak dinaikkan bagi majoriti 90% rakyat
"Kemudian penguatkuasa diminta lebih tegas, supaya tidak ada ketirisan hasil dan subsidi.
"Juga (kerajaan) mula menamatkan unsur monopoli seperti rangkaian 5G," katanya.
PM dalam pada itu menyelar pihak pembangkang yang membantah dibahaskan Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Rakyat.
Katanya, walaupun hal itu precedent tetapi hal itu adalah baik untuk negara.
"Laporan Ketua Audit Negara mesti dibahaskan. Perbahasan Laporan Ketua Audit Negara seperti perbahasan Suhakam (hak asasi manusia) yang kita mulakan (tahun ini).
"Ada yang bimbang bukan precedent. Pertanyaan kepada PM pun precedent. Tetapi yang baik apa salahnya.
"Kemudian yang penting Akta Tanggungjawab Fiskal dan Akta Perolehan Kerajaan yang akan dibentangkan sebaiknya sebelum akhir tahun ini," katanya lagi.