top of page

Agong dukacita mansuh Darurat tanpa perkenan: Kerajaan PN hina institusi Raja Berpelembagaan


Dewan Rakyat sesi pagi digemparkan dengan pembacaan kenyataan daripada Yang di-Pertuan Agong oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pemansuhan Ordinan Darurat yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takiyuddin Hassan, 26 Julai lalu.


Kenyatan dari Istana Negara tersebut dengan jelas mezahirkan rasa amat dukacita Baginda berkenaan pengumuman penamatan Darurat tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong.


"Merujuk kenyataan baru dikeluarkan Istana Negara menyebut dengan jelas kerajaan pimpinan PM Mahiaddin melanggar prinsip Perlembagaan dan tidak menghormati institusi raja. Kedua, menyebut secara khusus atas nama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Takiyuddin Hassan mengelirukan Dewan Rakyat.


"Kita sampai bukan krisis Perlembagaan tetapi penghinaan kepada instusi raja, juga usaha menipu Parlimen dan rakyat yang (sebagaimana) dikeluarkan istana.


"Seri Paduka menegaskan (berkenaan) Perlembagaan dan (prinsip) demokrasi berparlimen. Perkara 150 (2b) Perkara 150 (3) Perlembagaan secara jelas memperuntukkan kuasa penggubalan dan pembatalan Ordinan Darurat terletak pada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.


"Maka Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan dibuat di Parlimen pada 26 Julai, iaitu kerajaan telah membatalkan semua ordinan yang dimasyhurkan oleh Baginda, walhal pembatalan belum diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong," katanya.


Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu, sebaliknya titah Yang di-Pertuan Agong dalam majlis mengadap Menteri Undang-undang dan Peguam Negara ialah supaya membahaskan Ordinan Darurat di Parlimen, bukan membuat pemansuhan tanpa dimaklumkan kepada istana.


"Seri Paduka Baginda juga menzahirkan rasa amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Datuk Seri Takiyuddin selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun semasa majlis mengadap secara maya pada 24 Julai, bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan diungkaikan, telah tidak dilaksanakan.


"(Dengan ini) kenyataan Menteri di Parlimen pada 26 Julai adalah tidak tepat dan telah mengelirukan ahli Dewan Rakyat. Seri Paduka Baginda turut menegaskan permohonan membatalkan Ordinan Darurat pada 21 Julai telah dilakukan secara tergesa-gesa tanpa pembentangan di Parlimen," katanya.


Pengerusi Pakatan Harapan itu menegaskan hal yang dilakukan oleh Takiyuddin bukan sahaja telah mengelirukan Parlimen serta rakyat Malaysia dengan pengumumannya, malah telah menghina institusi Raja Berperlembagaan kerana mendahului istana.


"Bukan sahaja gagal menghormati prinsip kedaulatan undang-undang yang terkandung dalam Rukun Negara malah telah membelakangi fungsi dan kuasa Yang di-Pertuan Agong selaku ketua utama negara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


"Baginda maklum akan perlunya Baginda bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri seperti terkandung dalam Perkara 40 (1) Perlembagaan.


"Namun Baginda menzahirkan pandangan selaku ketua utama negara, mempunyai kewajipan untuk menyampaikan nasihat dan teguran jika berlaku sebarang tindakan yang tidak berperlembagaan oleh mana-mana pihak, khususnya mereka yang melaksanakan fungsi dan kuasa pemerintahan," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page