top of page

200,000 kanak kanak tercicir pendidikan dalam sedekad?



Pembentangan dalam sesi bahas Sidang Nadi Rakyat pagi tadi menyaksikan wakil NGO Gerakan Perubahan Pendidikan, Zulfikri Zamir membentangkan data keciciran pelajar sekolah dalam sedekad di Malaysia.


Menurut beliau, Data Keciciran Nasional tersebut diambil daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Unicef dan sebagainya.


"KPM dalam jawapan Parlimen ketika menjawab soalan YB Amin Ahmad, berapa ramai yang berhenti sekolah waktu Covid 19 memberikan jumlah 21,316 pelajar. Jumlah ini bukan kecil walaupun ada 3 juta anak anak di sekolah rendah.


"Masalah ini akan jadi besar kalau kita kumpul untuk 10 tahun. Apa maksud cicir, maknanya hilang. Sama ada dia tidak hadir dari darjah 3 ke darjah 4. Atau dari sekolah rendah ke sekolah menengah atau dia tak ambil SPM terus.


"Kalau kita boleh tengok peratusan setiap tahun mungkin KPM kata ini normal. Tetapi kalau ada 200,000 untuk sedekad adakah ini normal? Ke mana anak anak ini?" tanyanya.


Beliau juga membawa data mengenai keciciran dalam kalangan kanak kanak Orang Asli yang lebih buruk, di mana daripada setiap 100 murid 60% tidak menamatkan pendidikan.


"Orang Asli dari 100 kanak kanak bersekolah, 60 tidak ada (tidak tamat). Kalau 100 orang di tingkatan 1 maka tingkatan 5 dia tak ada.


"Bayangkan sehingga 60% anak anak ini tidak menamatkan persekolahan," katanya.


Perbahasan Zulfikri kemudian dicelah oleh perwakilan. Seorang perwakilan mencadangkan agar sekolah dibuka skopnya dalam konsep pergi ke kawasan Orang Asli dan bukannya Orang Asli pergi ke sekolah untuk memudahkan anak anak mereka menerima pendidikan.


Pencelahan tersebut dipersetujui Zulfikri, namun katanya Pegawai Pendidikan Daerah tidak mahu turun ke sekolah semula selepas mereka berada di pejabat. Maka keadaan akan sangat sukar kerana guru sekolah telah sedia kurang dan sukar untuk memberi pendidikan ke kawasan Orang Asli.


Seterusnya beliau membangkitkan mengenai masalah bantut yang semakin serius dalam kalangan kanak kanak Malaysia.


Katanya, pada 2015 sebanyak 17% pelajar bantut tetapi hal itu membesar kepada 20.8% pada 2020.


"Masalah ini merupakan beza pencapaian antara anak anak yang minum susu jenama mahal, jenama murah dan tidak minum susu langsung.


"Anak anak B40 tidak minum susu kerana susu paling murah berharga RM20 dan mereka boleh beli ayam (untuk lauk). Laporan Unicef sehingga 4 juta anak anak tidak mempunyai akses makanan berkhasiat.


"Anak tidak minum susu bila masuk tadika dipaksa hafal ABC. Anak anak ini tidak mempunyai kapasiti untuk menghafal. Mereka mempunyai massalah bantut dari segi pemikiran dan emosi," katanya.


Seterusnya, kata Zulfikri, terdapat masalah kanak kanak ke sekolah tetapi masih miskin pembelajaran.


"Kita ukur dari darjah 4 - 5 tetapi mereka masih tidak boleh membaca.


"Bank Dunia dan Unicef buat kajian seluruh dunia. Di negara kita 13% kanak kanak hujung sekolah tak boleh membaca," katanya


Beliau juga membahas masalah pelajar yang cicir SPM sama ada tidak mengambil peperiksaan atau tidak layak mendapat sijil.


Katanya pada 2021 sebanyak 24,941 pelajar tidak menduduki SPM biarpun telah mendaftar manakala 45,514 orang tidak layak mendapat sijil kerana gagal Bahasa Melayu dan Sejarah.


Sebanyak 70,455 pelajar katanya mengahdapi keciciran SPM.


"Kalau kita ambil kira jumlahnya tahun ke tahun jumlahnya sangat besar, dan kita perlu mempunyai data yang teliti untuk membincangkan perkara ini," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page