top of page

18 Januari berlalu, Kerajaan Madani masih utuh - Razeef Rakimin



Tarikh keramat 18 Januari telah berlalu semalam. Tarikh itu dipropagandakan laskar siber pro PN sebagai detik Perdana Menteri baharu dari Perikatan Nasional akan mengangkat sumpah selepas gagal menjatuhkan Kerajaan Perpaduan Madani pada 1 Januari lalu.


Bagi Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Razeef Rakimin, propaganda pembangkang kononnya mampu menjatuhkan kerajaan semakin hari semakin jelas 'merapu' dan memperbodohkan penyokong mereka sendiri.


Katanya, PN tidak mempunyai sebarang asas sokongan dalam merekacipta propaganda berkenaan.


"Dari sebulan ke 100 hari, dari selepas Hari Raya hingga ke Ogos (2023), dari setahun dan terkini timbul cerita Kerajaan Perpaduan pasti jatuh pada 18 Januari. Namun hari ini 19 Januari, kerajaan Perpaduan masih utuh menjalankan tugas menyelesaikan masalah rakyat.


"Bukan sahaja di Semenanjung, malah Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan tegas mengeluarkan kenyataan bahawa gabungan Borneo itu setia kepada kerajaan dan akan terus menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga habis penggal.


"Mereka juga menegaskan tidak akan melayan sebarang tawaran, malah telah menolak tawaran untuk menjadi Perdana Menteri.


"(Namun) ada lagi persoalan dari pejuang media sosial PN yang setiap hari bertanya bilakah Datuk Seri Anwar akan meletak jawatan setelah kehilangan sokongan. Bila ditanya bukti atau akuan berkanun (SD) Perdana Menteri telah kehilangan sokongan, mereka mengelak untuk menjawab dan beralih kepada dakwaan kerajaan hari ini gagal, namun tanpa asas kukuh," katanya dalam kenyataan hari ini.


Oleh yang demikian, Razeef mengingatkan pemimpin PN untuk segera menghentikan spekulasi yang membodohkan para penyokong dengan berteori tanpa henti kerajaan akan tumbang.


Beliau juga memberi nasihat kepada laskar siber PN agar mengasihani minda para penyokong untuk tidak terus menerus menyuntik 'virus bodoh' dengan mencipta tarikh baharu pertukaran kerajaan.


"Saya ingin menasihati pemimpin PN dan cybertrooper mereka untuk menghentikan pembodohan terhadap penyokong sendiri yang dilihat semakin muak dengan cubaan menjatuhkan kerajaan secara pintu belakang dan propaganda kerajaan akan jatuh.


"PN juga perlu membuang cybertrooper mereka yang gagal dengan propaganda mengarut itu, sebaliknya mengupah cytro yang boleh menjadi semak dan imbang dalam menyuarakan beberapa kelemahan kerajaan," sinisnya.


Kepada Ahli parlimen PN pula, Razeef mengingatkan bahawa mereka dibayar gaji oleh rakyat untuk melakukan semak imbang ke atas Kerajaan Madani, bukannya bergelut, berhempas pulas untuk menjatuhkan kerajaan.


"Ketagihan melampau setelah berjaya menumbangkan kerajaan pada tahun 2020 lalu jelas telah merosakkan otak pemimpin pembangkang.


"Mereka tidak lagi ingin menjadi pembangkang yang mampu menjadi semak imbang serta membawa suara rakyat di Parlimen sebaliknya mereka hanya sibuk cuba menggulingkan kerajaan melalui rundingan pelbagai 'langkah' yang jelas hanya menemui kegagalan," katanya lagi.


Razeef menggesa pada tahun 2024 pembangkang beralih ke arah perjuangan yang lebih rasional. Setelah 420 hari cuba menjatuhkan PM Datuk Seri Anwar tanpa menemui kejayaan maka biarkan sahaja Kerajaan Madani memerintah sehingga habis penggal dan PN boleh mencuba untuk mengambil alih kerajaan dalam pilihanraya akan datang.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page