top of page

100 hari: Malaysia mampu kembali sebagai Harimau Asia



Tempoh 100 hari pentadbiran Perdana Menteri Ke 10 Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjaya dilepasi dengan jayakan.


Menurut KEADILAN Kemaman, Terengganu, dalam tempoh berkenaan banyak pembaharuan telah berjaya dilakukan dan tidak pernah terfikirkan oleh kerajaan sebelum ini.


"100 hari pentadbiran Kerajaan Perpaduan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerlahkan keyakinan bahawa negara ini berada di landasan yang betul untuk bangkit semula sebagai kuasa peneraju ekonomi serantau.


"Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Harimau Asia kerana pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan juga kestabilan politik kemudian dilanda pelbagai krisis politik, salahguna kuasa dan rasuah lalu gerhana selama 2 dekad.


"Namun begitu dengan pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim, Harimau Asia akan kembali mengaum sedikit masa lagi.


"Keyakinan ini diserlahkan dengan pelbagai perubahan positif dan ketara dalam tempoh 100 hari pentadbiran beliau," kata Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Kemaman dalam satu kenyataan.


Menurut biro itu, antara kejayaan utama yang dicapai adalah mengembalikan keyakinan pelabur antarabangsa untuk kembali melabur di Malaysia.


Hal itu, kata mereka, terbukti dengan jumlah pelaburan berbilion dolar oleh Amazon.com yang akan menjadikan Malaysia sebagai negara peneraju utama digitalisasi di Asia Tenggara.


"Di samping itu, melalui lawatan diplomatik Perdana Menteri ke negara-negara jiran yang membuka ruang dan minat pelabur negara jiran datang ke Malaysia, juga lawatan Presiden Jerman ke Malaysia tempoh hari menjadi bukti keyakinan antarabangsa terhadap pentadbiran kerajaan.


"Komitmen kerajaan untuk menyelesaikan masalah rakyat yang terhimpit masalah inflasi dan harga barang yang tinggi juga terserlah, terutamanya pengenalan Menu Rahmah yang mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan


"Kejayaan ini memberikan keyakinan bahawa Kerajaan Perpaduan dapat membawa negara kembali menjadi negara peneraju khususnya di Asia Tenggara," kata kenyataan itu.


Oleh itu kata mereka, rakyat seharusnya terus menanamkan keyakinan kepada Kerajaan Perpaduan dan berusaha untuk mengekalkan kestabilan politik dengan berusaha menolak pihak pihak yang ingin menjatuhkan pemerintah sedia ada.


"Justeru, tidak seharusnya rakyat terpengaruh dengan propaganda sesetengah pihak yang ingin mencetuskan ketidakstabilan hanya kerana ingin memuaskan nafsu kerakusan kuasa mereka tanpa memikirkan nasib rakyat.


"Rakyat harus sentiasa teguh mempertahankan prinsip yang benar dan tidak mudah terpengaruh dengan propaganda murahan sesetengah pihak," kata kenyataan itu lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page