Sep 23, 20221 min

Wanita KEADILAN lengkapkan lantikan Majlis Pimpinan Wanita Pusat

Wanita KEADILAN melengkapkan barisan Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) dengan memenuhkan jawatan lantikan bagi pemantapan kepimpinan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang boleh diadakan pada bila bila masa.

Menurut Ketua Wanita KEADILAN Malaysia, Fadhlina Sidek, dengan pelantikan itu diharapkan gerak kerja Wanita KEADILAN akan lebih menyeluruh dan merangkumi semua segmen masyarakat.

"Wanita KEADILAN terus mempersiap dan memperkukuh Jawatankuasa di peringkat Pusat bagi kesiapsiagaan menuju PRU 15.

"Dengan tekad Bangkit, Lawa dan Asak yang telah dipersetujui bersama-sama bagi memperteguh perjuangan mengangkat wanita Malaysia serta mendepani cabaran menjelang PRU-15, maka diumumkan Senarai Exco Lantikan MPWP Sesi 2022-2025 bagi memperkukuh struktur di peringkat pusat," katanya.

Naib Ketua lantikan adalah:

- Naib Ketua Wanita (Lantikan): Datin Rufinah binti Pangeran (Sabah)

- Naib Ketua Wanita (Lantikan): Datin Faizah binti Ariffin (Terengganu)

Exco lantikan:

1. YB Sandrea Ng Shy Ching (Perak)

2. Haryati binti Abu Nasir (Johor)

3. Kartini binti Madun (Sabah)

4. Meneng Biris (Sarawak)

5. Anie Amat (Sarawak)

6. Idawatie binti Pariman (Wilayah Persekutuan)

7. Lim Kim Eng (Selangor)

8. Noor Amelia Zainabila binti Zaiffri (Wilayah Persekutuan)

9. Saira Banu (Selangor)

10. Syafiqa binti Zakaria (Selangor)

11. Annur Nadhirah binti Abdul Halim (Negeri Sembilan)

    1