Mar 291 min

Wanita KEADILAN Kuantan anjur program khatam al-Quran

Oleh: Abdullah Zaid

Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadan, Wanita KEADILAN Kuantan menganjurkan program tadarus dan khatam al-Quran baru-baru ini.

Ketuanya, Sridayu Samsuri berkata, program tersebut dijayakan bersama oleh Pertubuhan Wanita Inspirasi Kuantan (WINK), Pertubuhan Wanita IKRAM Kawasan Kuantan dan NGO Kawanku dengan kerjasama Masjid al-Falah Sungai Isap 2.

"Para peserta wanita dibahagikan mengikut kumpulan tadarus untuk membaca beberapa juzuk al-Quran berasingan bagi melengkap tamatnya 30 juzuk atau bahagian di dalam al-Quran disamping menghayati setiap bacaan al-Quran untuk dihayati di program ini

"Selain itu, para peserta juga diberikan penerangan tentang isi-isi kandungan al-Quran oleh dua orang tokoh ustazah di Kuantan iaitu Ustazah Zuraidah dan Ustazah Sazaliah. Ini adalah gabungan tilawah dan tadabbur daripada al-Quran sempena program ini," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, sambutan yang amat menggalakkan daripada warga wanita setempat itu dilihat akan menjadi pencetus kepada gerakan kempen membaca al-Quran setiap hari yang akan digerakkan selepas selesai bulan Ramadan.

"Selaras dengan Ramadan sebagai bulan al-Quran, melalui program ini akan mengimarahkan lagi Ramadan kali ini, dan dijadikan sebaik-baik Ramadan yang pernah dilaksanakan," ujarnya.

    1