Jan 24, 20211 min

'Walau sekampit beras, yang penting rakyat gembira'

Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasir bersama #FoodbankJB baru-baru ini mengedarkan bantuan kampit beras dan susu formula ke Pangsapuri Desa Hajah Hasnah.

Namun katanya, biar pun bantuan kelihatan kecil beliau teruja melihat penduduk yang gembira menerima bantuan berkenaan.

"Antara saat yang menyentuh hati. Alhamdulillah kami teruskan edaran sekampit beras di Pangsapuri Desa Hajah Hasnah.

"Tak sempat selesai blok pertama, hujan turun dengan lebat.

"Terima kasih kepada krew #FoodbankJB yang redah sahaja, malah ada seorang penduduk (berbaju hijau) yang sama-sama mengangkat beras dalam hujan. Rasanya baru balik kerja.

"Bila selesai alihkan beras, saya minta maaf kepada beliau kerana tiada lebihan beras. Beliau kata bukan niatnya nak minta bantuan atau mengharapkan apa-apa, cuma seronok kerana duduk perhati kami beberapa hari bantu masyarakat," kata Akmal dalam catatannya di Facebook.

Kata Akmal, skuad FoodbankJB akan datang lagi memberi bantuan seada daya.

    0