Jan 29, 20231 min

Usahawan Selangor ambil peluang majukan diri - Rodziah

Golongan usahawan di negeri Selangor akan terus menerima dorongan Kerajaan Negeri menerusi pelbagai insiatif ke arah meningkatkan produktiviti mereka.

Bagi tujuan itu, Exco Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail mengesa golongan terbabit menetapkan azam untuk maju dan bersedia keluar dari zon selesa serta mengambil peluang mencuba potensi baharu.

"Terlalu lama dalam zon selesa akan membuatkan kita cepat berpuas hati dan leka malah lambat untuk bergerak ke tahap yang lebih tinggi.

"Tetapkan sasaran tahun ini untuk lebih maju ke hadapan dan bersedia mengambil peluang mencuba perkara baharu dengan keluar dari zon selesa," katanya

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ampang sebelumnya mengulas penganjuran Latihan Strategi Menang 2023 anjuran Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) di Shah Alam yang dihadiri 97 peserta.

Sementara itu Rodziah berkata, pelbagai inisiatif turut dilaksanakan kerajaan Selangor bagi meningkatkan produktiviti pemasaran dan hasil jualan usahawan mikro di negeri ini.

Antaranya termasuk program latihan, peningkatan pembungkusan produk dan promosi produk usahawan mikro dalam usaha memperkasa golongan usahawan.

Selain itu, kerjasama antara agensi persekutuan, negeri dan swasta turut dilaksana bagi membantu program latihan serta promosi produk usahawan Selangor di dalam dan luar negara.

1