Jan 13, 20221 min

'Untuk apa sibuk pilihan raya, selesaikan banjir dulu' - Anwar

Spekulasi bahawa Kerajaan BN Johor akan mengadakan Pilihan Raya Negeri dan Kerajaan BN pusat akan mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15 dalam waktu terdekat mendapat teguran Pengerusi Pakatan Harapan

Tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim, pilihan raya sepatutnya diadakan hanya ketika rakyat telah bersedia, bukan dalam keadaan pandemik Covid 19 yang belum selesai dan derita mangsa banjir yang masih mengharapkan bantuan seperti sekarang.

"Kita kalau pilihan raya diumumkan, kita bersedia. Itu bukan persoalan dibangkitkan tetapi kewajarannya (pilihan raya). (Mangsa) Covid akan bertambah, sekatan dan perjalanan kempen itu pula akan memihak kepada kerajaan, itu kita tahu.

"Banjir belum selesai termasuk di Johor. Banjir surut tidak bermakna selesai masalah. Rakyat masih susah. Kadang kadang orang ini (pemimpin BN) dia tak faham, dia tak pernah turun ke bawah. Turun wayang saja. Turun, dia kena tahu masalah.

"Umpamanya banjir di Port Dickson ringan, tetapi dari segi orang yang kena itu susah. Kelengkapan rumah, dapur rosak," katanya kepada wartawan usai memberi sumbangan banjir kepada penduduk di Parlimen Port Dickson, petang tadi.

Oleh itu, Anwar meminta kerajaan BN memikirkan masalah rakyat dengan lebih waras dan bertimbang rasa, bukan hanya memikirkan peluang untuk menang dan berkuasa untuk 5 tahun akan datang.

"Sebab itu saya kata selesai yang ini dulu. Andai kata pilihan raya nak diadakan juga kita sedia bertempur pada kadarnya," kata Anwar lagi.

    0