Mar 27, 20211 min

Umur: Apa Yang Perikatan Nasional Takutkan?

Oleh: Atiqah Syairah Shaharuddin

Hari ini dalam sejarah di mana terbuktinya sebuah kerajaan yang takut dengan orang tua dan gerun dengan orang muda. Februari 2020 menggulingkan Perdana Menteri tertua melalui Langkah Sheraton, dan hari ini memberikan justifikasi menangguhkan undi 18 hingga September 2022.

Masih jelas ulasan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menyatakan "Di Parlimen sekarang ini, ada 220 Ahli Parlimen. Dua meninggal dunia, Gerik dan Batu Sapi. Daripada 220 orang, seramai 77 Ahli Parlimen berumur 61 hingga 69 tahun. Ini kumpulan berisiko. Umur dari 71 hingga 79 tahun ada 19 orang, 80 tahun ke atas ada empat orang."

Dapatkan Ahli Parlimen muda

Nah, apalagi alasan yang paling mujarab dalam menyegerakan akses anak muda untuk merebut peluang demokrasi melalui peti undi? Harus berapa lama Dewan Rakyat perlu didominasi oleh 'kumpulan berisiko' yang tidak memungkinkan sidang berlangsung ketika ini?

Merujuk kepada dapatan akademik oleh UPSI dalam jurnal bertajuk "Pola Sokongan Pengundi Muda Sebelum PRU 14" menunjukkan bahawa wujud kecederungan orang muda terhadap domain-domain tertentu berdasarkan latarbelakang pendidikan, umur, jantina serta lokasi

kawasan.

Hal ini jelas menunjukkan domain umur sebagai penentu dalam pola pengundian anak muda dan usaha mendandani kepercayaan anak muda terhadap demokrasi wajib dipertahankan.

PN gentar anak muda?

Adapun keputusan diumum oleh pengerusi SPR ini akan dilihat sebagai mekanisme teknikal, tetapi ianya menimbulkan keraguan pasca dibangkitkan oleh speaker Dewan Negara dan pastinya telahpun disepakati di dalam mesyurat kabinet.

Sekali lagi soalan dilontarkan kepada kerajaan Perikatan Nasional yang turut mengundi di parlimen pada 2019, apa yang kalian gentarkan dengan undi anak muda?

_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Ketua Srikandi KEADILAN Tanjong Karang

    0