Nov 29, 20201 min

Tun M Serang Anwar Cuba Selamatkan Muhyiddin?

Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menyifatkan serangan berterusan Tun Mahathir Mohamad terhadap Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim berpunca daripada ketakutan bekas Perdana Menteri selama 24 tahun itu akan ketegasan Anwar memerangi rasuah.

Menurut Abdullah, tidak ada salahnya Anwar diangkat sebagai PM kerana berdasarkan rekod beliau pernah diiktiraf dunia sebagai Menteri Kewangan terbaik di rantau Asia.

Namun cara pentadbiran telus dan akauntabiliti Anwar memang menakutkan Mahathir dan kroni-kroninya. Sebab itu ketika Pakatan Harapan memerintah pun Tun menyerang Anwar sehingga membuka ruang pengkhianatan Langkah Sheraton.

Dengan cara itu Muhyiddin mengambilalih pemerintahan meneruskan legasi pemerintahan kronisme dan nepotisme sebelumnya.

Walau bagaimanapun, kata Abdullah, tindakan Mahathir itu hanya merosakkan negara dengan membiarkan seseorang ahli politik tidak berkelayakan seperti Muhyiddin diangkat menjadi PM.

    1