Aug 27, 20211 min

Tiada beza Kabinet Ismail Sabri dengan Kabinet Muhyiddin

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh tampil mempersoalkan beberapa perkara berhubung pembentukan Kabinet baharu.

Beliau berpendapat, beberapa pemimpin sebenarnya tidak layak memegang jawatan dalam Kabinet baharu.

Katanya, Azalina Othman Said wajar dilantik sebagai menteri Kabinet berbanding Rina Harun yang kembali memegang jawatan sebagai Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

"Kanak-kanak tidak mempunyai jurucakap yang boleh dipercayai. Di mana Azalina? Saya mahu Azalina dicalonkan menjadi Speaker untuk semak dan imbang yang lebih berkesan," katanya.

Beliau bagaimanapun berpuas hati apabila Takiyuddin Hassan bukan lagi Menteri Undang-undang sebaliknya menyifatkan Wan Junaidi adalah pilihan yang lebih baik.

Namun, beliau tidak bersetuju dengan pelantikan Shahidan Kassim sebagai Menteri Wilayah bagi menggantikan Annuar Musa yang kini memegang jawatan Menteri Komunikasi dan Multimedia.

"Menteri Wilayah dari Kelantan dan kini dari Perlis. Mana suara KL? Hanya komposisi lama yang sama daripada #KerajaanGagal.

"Ahli politik yang sama bersilih ganti pejabat di Putrajaya. Tiada yang mengujakan daripada Kabinet Ismail Sabri berbanding Kabinet Muhyiddin," katanya.

    0