Sep 28, 20211 min

RMK 12: Tangguh dulu projek mega, fokus rakyat kelaparan - Anwar

Pembentangan Rancangan malaysia ke 12 yang tidak terlalu fokus kepada rakyat marhaen dan mengekalkan pertumbuhan projek mega di tegur oleh Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia

Ahli Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Port Dickson) menyarankan agar projek mega dalam RMK 12 ditangguhkan dahulu bagi memberi laluan pelan pemulihan ekonomi pasca pandemik Covid 19 yang mungkin mengambil sepenuhnya 2 tahun terawal rancangan Malaysia 5 tahun berkenaan

"Saya bagi satu laluan kerana orang anggap kita ini tidak setuju dengan dasar Bumiputera. Tetapi apa salahnya kita tumpu dengan latihan, mutu pendidikan, mutu kesihatan awam kepada golongan miskin desa dan bandar yang majoritinya orang Melayu Bumipuetra, Sabah dan Sarawak. Peruntukan itu (agihan).

"Tetapi tidak. Ditekankan (tumpuan) soal kedudukan GLC, kontrak, nak dapatkan ramai billionaire (Melayu). Yang berjuta-juta Bumiputera ini harus diberi perhatian.

"Parlimen ini seharusnya menuntut RMK 12 ini berikan tumpuan. Kalau perlu tangguh projek besar maka tangguh projek lapangan terbang, ECRL dan teliti semula.

"Apa faedah kita nak teruskan dalam keadaan orang kelaparan, menganggur, tak cukup makan. Tak cukup mutu pendidikan yang ada sekarang," kata beliau ketika membahaskan RMK 12 pada sidang Dewan Rakyat sesi pagi.

0