Nov 8, 20231 min

Sumbangan Deepavali Ranting KEADILAN di Bakar Arang

Pesta cahaya Deepavali menjelang tiba beberapa hari lagi dan ADUN Bakar Arang, Adam Loh semalam mengagihkan bantuan perayaan kepada sebuah Ranting KEADILAN di kawasannya.

"Bagi menghadirkan keceriaan buat mereka, saya bersama-sama dengan Ranting Keadilan DUN Bakar Arang memberikan sedikit sumbangan kepada komuniti India.

"Sumbangan ini diagihkan kepada golongan penerima yang dikenalpasti memerlukan, khususnya golongan OKU, warga emas serta ibu tunggal," katanya.

Beliau berharap dengan sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban serta menghadirkan seribu makna buat komuniti India di kawasan tersebut.

    2