Mar 19, 20231 min

Sukarelawan AMK turun bantu misi pasca banjir Johor

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor turun beramai ramai membantu misi pasca banjir Johor.

Sukarelawan AMK yang baru dilancarkan semalam di Kongres Nasional Khas KEADILAN hari ini telah berada di Batu Pahat dan Sri Gading, Johor melakukan kerja kerja membersih rumah mangsa banjir.

"AMK turun bersama sukarelawan Satria KBS

"Total semua sukarelawan yang turun mencecah 400 orang," kata kenyataan dari AMK.

Pergerakan itu juga mengucapkan terima kasih kepada ADUN Semambu, Chan Chun Kuan; Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar dan Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Bin Hassan yang turut sama dalam misi berkenaan.

AMK Perak, Pahang, Kelantan, Penang, Selangor, Wilayah Persekutuan, Melaka dan Kedah ikut serta dalam misi berkenaan.

AMK menggunakan semua kelengkapan yang ada untuk membersih rumah mangsa dalam misi pasca banjir

    0