Sep 1, 20211 min

Sokongan PH Kepada Kerajaan PN 2.0 Bersyarat

Sokongan Pakatan Harapan (PH) kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) 2.0 adalah bersyarat.

Menurut Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, PH tidak memberi cek kosong kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri untuk berbuat sewenang-wenangnya.

Sebaliknya sokongan diberikan kepada PN 2.0 akan ditarik balik jika dasar-dasar kerajaan tidak menguntungkan rakyat.

Katanya, PH tidak akan menimbulkan kekecohan selagi mana PN 2.0 berusaha untuk menangani Covid 19, melaksanakan reformasi institusi, memulihkan ekonomi dan sebagainya.

    3