Apr 261 min

Sock Tao tekad guna pengalaman bawa manfaat warga KKB

Calon Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu berhasrat menggunakan pengalamannya berkhidmat di dua kementerian sebelum ini untuk membawa pembangunan positif di kawasan berkenaan.

Pang Sock Tao pada ucapan ringkasnya selepas dinamakan sebagai calon PRK bertekad untuk meneruskan legasi mendiang Lee Kee Hiong untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada warga kawasan itu.

"Saya sudah menceburi arena politik selama enam tahun dan pernah berkhidmat di dua kementerian, meliputi perumahan dan kerajaan tempatan serta tenaga, sains, teknologi dan alam sekitar.

"Menerusi pengalaman ini, saya berharap ia akan memberi inspirasi untuk membawa pembangunan positif di Kuala Kubu Bharu," katanya dipetik.

Sock Tao merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan berpengalaman sebagai penerbit UbahTV kendalian DAP.

Beliau yang berusia 31 tahun kini Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

    1