Jan 7, 20222 min

Selepas air, elektrik, telco, PBT wajar beri pengecualian bil bulanan - Wanita KEADILAN

Wanita KEADILAN menghargai tindakan Air Selangor pada 4 Januari dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada 5 Januari menawarkan pengecualian bil air dan elektrik selama sebulan kepada mangsa banjir

Menurut Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN, Loh Ker Chean, sebaik baiknya lebih banyak syarikat pembekal utiliti dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berbuat demikian untuk meringankan lagi beban mangsa yang musnah harta benda mereka

"Saya menyambut baik pengumuman Air Selangor dan TNB menawarkan pengecualian bil air dan elektrik selama sebulan kepada mangsa banjir yang selaras seruan saya pada 29 Disember 2021.

"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua dua syarikat berkaitan kerajaan(GLC) itu dalam mengambil tindakan pantas.

"Seruan saya juga merangkumi pembekal pembekal perkhidmatan jalur lebar dan PBT yang berkaitan untuk mengecualikan atau memberi rebat bil jalur lebar selama 3 bulan dan fi cukai pintu selama 6 bulan bagi mangsa banjir untuk meringankan beban mereka," katanya.

Beliau juga menggesa syarikat bekalan air di negeri lain mencontohi apa yang dilakukan oleh Air Selangor Sdn Bhd dalam memberi rebat air kepada mangsa banjir, yang terpaksa membasuh rumah dan memerlukan air yang banyak.

"Dengan bantuan bantuan ini, semangat #Kitajagakita di kalangan komuniti memberi kesan yang positif dalam misi #daruratbanjir dan sedikit sebanyak mencuba dengan kemampuan sendiri untuk membantu mangsa banjir bangkit semula," katanya.

Sebaliknya, Loh mengkritik menteri menteri Kerajaan Persekutuan yang masih lembab bertindak menghulurkan bantuan meskipun banjir telah surut.

Katanya, kerajaan tidak boleh membutakan mata terutama dalam persediaan bagi menghadapi kemungkinan banjir pada waktu waktu mendatang.

"Sedangkan semangat #KeluargaMalaysia yang dilaungkan oleh kerajaan Perdana Menteri Datuk Sri Ismail Sabri telah menjadi #KeluarMalaysia apabila ramai Menterinya melancong ke luar negara dan enggan pulang segera semasa negara ini ditimpa musibah.

"Rakyat boleh menerima hakikat bencana yang bukan dalam jangkaan kita boleh berlaku pada bila bila masa. Sebaliknya, kita tidak boleh berkompromi dengan kerajaan yang masih degil, pekak dan bisu pada saat ini dan tidak menjalankan amanah mereka sebagai pelindung rakyat, tetapi membiarkan rakyat terdedah kepada ancaman bencana banjir dengan pengurusan ala kadar sahaja," katanya lagi.

6. Sedangkan semangat #KeluargaMalaysia yang dilaungkan oleh kerajaan Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri dengan berulang – ulang telah menjadi #KeluarMalaysia apabila ramai Menterinya melancong ke luar negara dan enggan pulang segera semasa negara ini ditimpa bencana banjir.

    1