Apr 23, 20211 min

Selangor umum bantuan khas Aidilfitri kepada penjawat awam minimum RM1,000

Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) setengah bulan gaji kepada kakitangan awam negeri sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, peruntukan untuk bantuan tersebut sebanyak RM22 juta telah diluluskan dan penjawat awam berpangkat rendah akan mendapat BKK minimum RM1,000.

"Bayaran sempena Hari Raya Aidilfitri akan dibuat pada 19 Mei 2021, iaitu pada 7 Syawal membabitkan 17,000 penjawat awam.

"Pemberian ini turut melibatkan anggota perkhidmatan Kerajaan Negeri di bawah penggajian Kerajaan Persekutuan, ” katanya pada Majlis Mahabbah Ramadan Bersama Penjawat Awam di Dewan Jubli Perak, pagi tadi.

Bantuan khas juga, kata Amirudin, akan diberi kepada beberapa pihak lain yang membangu melicinkan urusan pentadbiran Kerajaan Negeri.

Dimaklumkan pada majlis itu, selain kakitangan awam, BKK sebanyak RM500 akan diberi kepada Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan petugas masjid termasuk nazir, imam, siak dan bilal.

BKK RM500 kepada Penggerak Belia Selangor (PeBs). Juga BKK RM1,000 kepada pemimpin masyarakat seperti Pengerusi MPKK, Pegawai Perhubungan Kampung, Ketua Komuniti India dan Penyelia Wanita Berdaya (PWB).

    0