Jan 5, 20211 min

Selangor Tidak Membazir Beli Dron Tetapi Langgan Perkhidmatan

Dakwaan kerajaan Selangor membeli dron dengan kos RM2 juta merupakan salah faham wartawan yang melaporkan berita.

Exco Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli, Hee Loy Sian berkata sebaliknya Kerajaan Negeri melanggan perkhidmatan syarikat yang mengendalikan dron pengawasan.

Katanya, pihak kerajaan maklum teknologi dron akan ketinggalan dalam tempoh 2 - 3 tahun. Oleh itu membeli bukanlah pilihan yang bijak.

Cara terbaik adalah dengan melanggan perkhidmatan dron dari sebuah syarikat berteknologi tinggi keenam terbesar di dunia. Syarikat tersebut akan memberi perkhidmatan kejuruteraan, pekerja dan kenderaan.

Mereka juga akan melakukan ujian kualiti air. Teknologi dron juga sesuai untuk meninjau di kawasan terpencil anak-anak sungai yang mana manusia sukar untuk melakukan tinjauan.

Menurut Hee, pemberian kontrak pengawasan kepada syarikat tersebut tidak perlu dipersoalkan kerana syarikat terbabit juga membekalkan dron untuk Kementerian Pertahanan.

    0