Jul 31, 20221 min

Saya bersyukur lihat anak muda bangkit membantah - Abdullah Sani

Himpunan aman #TURUN dianjurkan anak muda minggu lalu akibat rakyat tidak tertahan lagi menghadapi kenaikan harga barang dan inflasi melampau.

Meskipun petang semalam Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk dirakam keterangan namun beliau gembira kerana himpunan berkenaan melibatkan anak muda prihatin yang hadir di jalan raya menyuarakan bantahan terhadap kegagalan Kerajaan BN - PN.

"Saya dipanggil ke sini kerana himpunan yang mendesak kerajaan untuk mengurangkan dan mengkaji semula subsidi yang ditarik, menyebabkan harga barang luar biasa tingginya.

"Saya bersama anak muda (munggu lalu) yang menzahirkan isi hati mereka.

"Saya menegaskan tidak ada perkara yang menghalang demokrasi (hak berhimpun) menzahirkan apa yang boleh dilakukan rakyat. Saya tidak berasa gusar kerana dipanggil untuk beri kenyataan.

"Yang penting, saya bersyukur melihat anak muda bangkit dan memberikan bantahan," katanya kepada pemberita selepas soal siasat polis.

Katanya, beliau telah memberi kerjasama baik kepada polis dalam sesi rakaman keterangan berhubung menghadiri perhimpunan dan memberi ucapan pada perhimpunan 23 Julai lalu.

    1