Jun 21, 20201 min

Sangetha Jayakumar dilantik pemangku Ketua Wanita KEADILAN Selangor

Majlis Perwakilan Wanita KEADILAN Negeri (MPWN) Selangor melantik Sangetha Jayakumar sebagai pemangku Ketua Wanita KEADILAN Selangor berkuatkuasa serta-merta.

Jawatan Timbalan Ketua Wanita Selangor disandang oleh Ermeemariana Saadon manakala Salasiah Disa, Lam Yoke Saw dan V. Lanuga akan menggalas tugas selaku Naib Ketua Wanita.

Sangetha berkata, pelantikan itu merupakan sebahagian daripada penstrukturan semula jawatankuasa MPWN bagi mengukuhkan organisasi sayap dan meneruskan gerak kerja parti.

"Jawatankuasa baharu ini mengambil kira pengalaman, kebolehan serta integriti untuk memastikan segala perancangan dan agenda dicapai.

"Matlamat ini diharap mampu memberi manfaat kepada anggota wanita Selangor khususnya dan golongan wanita seluruhnya.

"KEADILAN selaku parti utama di Selangor akan terus memberi tumpuan untuk mengangkat martabat wanita dalam semua aspek seterusnya menjadi pemangkin kepada peranan wanita dalam pentadbiran kerajaan," katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Sangetha memberi jaminan bahawa jawatankuasa baharu akan memainkan peranan bagi membantu parti dalam usaha untuk mengambil alih semula kerajaan persekutuan.

"Justeru pembentukan jawatankuasa ini diharap mampu melonjakkan semangat dan komitmen anggota Wanita KEADILAN Selangor dalam meneruskan agenda reformasi,perkuatkan parti dan pentadbiran kerajaan negeri seterusnya siap sedia mendepani Piliharaya Umum Ke-15 pada bila-bila masa," katanya.

Senarai Jawatankuasa MPWN KEADILAN Selangor

Ketua Wanita

Sangetha Jayakumar (pemangku)

Timbalan Ketua Wanita

Ermeemariana Saadon

Naib Ketua Wanita

Salasiah Disa

Lam Yoke Saw

V. Lanuga

Setiausaha

Fida Viantymala Sakdin

Bendahari

Nazrathul Aklily

Ketua Penerangan

Siti Nooraishah Geoffrey

Setiausaha Pengelola

YM Raja Fairuz Raja Mazlan

Ex-Officio

Rodziah Ismail

Rozana Zainal Abidin

Juwairiya Zulkifli

Elizabeth Wong Keat Ping

June Leow Hsiad Hui

Maria Chin Abdullah

    1