Jun 19, 20211 min

Sampai Bila Ahli Parlimen Bertanya Melalu FB Live?

Kerajaan Perikatan Nasional perlu membuka semula Parlimen. Begitu banyak isu yang berlaku dalam negara yang tidak boleh ditentusahkan tanpa melalui sesi soal jawab Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, kalau Ahli Parlimen bertanya di Facebook live adakah menteri akan mendengar? Sekiranya mereka mendengar, mereka tiada kewajiban untuk menjawab.

Beliau berkata persoalan mengenai SOP, langkah menangani Covid 19, agihan laptop, pendidikan di rumah dan sebagainya menjadi perdebatan rakyat sehingga kini.

Malah menurut Ketua Penerangan KEADILAN itu, pengumuman Menteri Kanan Pendidikan mengenai prestasi Sijil Pelajaran Malaysia terbaik dalam sejarah pun dipertikaikan oleh beberapa ahli akademik.

Hal tersebu, katanya perlu ditanyakan Parlimen untuk mendapat jawapan tuntas kerana menteri tidak boleh berbohong di Parlimen.

Di peringkat Dewan Undangan Negeri pula, kata beliau, penutupan itu menyebabkan para ADUN tidak boleh menyuarakan isu-isu berkaitan negeri dalam sidang DUN.

    0