Jun 26, 20221 min

Sambutan 100 tahun Pengakap Negeri Kedah 2022 meriah

Sambutan ulang tahun ke 100 Pengakap Negeri Kedah yang diadakan semalam cukup meriah dan bermakna.

Menurut Timbalan Yang Dipertua II Majlis Pengakap Negeri Kedah, Datuk Johari Abdul, situasi endemik Covid 19 memberi peluang kepada Pengakap Kedah untuk menganjurkan majlis sambutan besar dan mengundang 4,000 penyertaan pengakap dari seluruh negeri.

"Saya meluangkan masa berkunjung ke Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar bagi bersama-sama meraikan Sambutan 100 Tahun Pengakap Negeri Kedah

"Saya juga menyambut ketibaan Mejar Jeneral (B) Prof Datuk Dr Haji Mohd Zin Bidin, Pemangku Ketua Pengakap Negara merangkap Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara ke majlis tersebut," katanya.

Selain itu, katanya majlis sambutan diisi dengan pelbagai pertandingan dalam kalangan anak anak pengakap.

"Ucapan alu aluan disampaikan oleh saya diikuti ucaptama oleh Prof Dr Mohd Zin Bidin.

"Para tetamu juga dihiburkan dengan persembahan kebudayaan yang cukup menarik daripada anak-anak pengakap," katanya lagi.

Tambah Johari, sambutan yang diterima dari kontinjen pengakap seluruh negeri Kedah amat menggalakkan dan beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepda pihak penganjur serta hadirin yang hadir.

    0