Jul 1, 20201 min

Rakyat Lihat Polisi PN Sukar Selamatkan Negara

Ahli Parlimen Tanjong Malim, Chang Lih Kang menyifatkan polisi kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukan bersifat jangka panjang. Meskipun terlalu awal untuk membuat perbandingan dalam tempoh 3 bulan pemerintahan namun jika diberi sedikit masa rakyat akan dapat menilai apa yang Pakatan Harapan (PH) buat selama 22 bulan berbanding apa yang dilakukan PN.

Beliau yakin rakyat akan dapati PN hanya membuat polisi jangka pandek dan bukannya jangka panjang. Dalam jangka pendek rakyat dapat sedikit imbuhan tetapi untuk masa depan, polisi PN sukar untuk selamatkan negara sekiranya meneruskan corak pentadbrian sedia ada.

Mengulas mengenai kecenderungan pengundi KEADILAN di Perak, Lih Kang berpendapat penyokong parti memang faham perjuangan Reformasi. Cuma pengundi biasa mereka ikut mood nasional dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 lalu. Oleh itu, tugas yang agak berat untuk kader-kader KEADILAN mendidik kawan-kawan tentang agenda Reformasi bagi mendapatkan sokongan padu pengundi dalam setiap kali PRU.

    2