May 13, 20201 min

Rakyat Kedah sedih Mukhriz Mahathir bukan lagi Menteri Besar

Rata-rata rakyat Kedah meluahkan rasa kesal dan sedih kerana kehilangan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar selepas beliau terpaksa meninggalkan jawatan itu disebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan di negeri itu akibat pengkhianatan ADUN Sidam dan Lunas.

Walaupun hanya dua tahun memegang jawatan menteri besar, kepimpinan Mukhriz ternyata menambat hati rakyat Kedah yang meluahkannya di laman Facebook rasminya.

Siti Munirah menganggap Mukhriz sudah banyak berjasa di Kedah.

Setiap apa yang berlaku; Allah tahu. Yang penting kesungguhan Datuk Seri membangunkan Kedah, untuk rakyat Kedah bekerja di negeri sendiri amat terkesan di hati rakyat Kedah. Terima kasih. Semoga Allah memberi rahmat buat Datuk, Tun dan seisi keluarga," katanya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Kay J Rizal berterima kasih kepada Mukhriz yang telah berjaya memajukan ekonomi negeri Kedah.

"Terima kasih Datuk...bawa masuk 14 bilion pelaburan ke kedah 2019 untuk rakyat bekerja, harap pelabur tak lari sebab krisis ini," katanya.

Shuhaimi Ismail pula bersikap optimis bahawa Mukhriz akan kembali memimpin Kedah pada masa akan datang.

"Nak risau apanya Datuk Seri akan ada lagi sebagai Ketua Pembangkang. Datuk Seri mana ada gaduh-gaduh dengan pembangkang masa dia MB. Semuanya elok. Cara dia berhemah. Bahasa molek. Bangkang elok-elok pasti bahagia Kedah. Ada rezeki jadi balik MB kali ke-3. Segalanya mungkin. Terima kasih Datuk Seri, Jasamu dikenang," katanya.

    0