Aug 3, 20221 min

Rafizi pimpin Johor, Aminuddin ketuai N Sembilan, Melaka

Dua lagi negeri selesai melantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN malam tadi.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu melantik Naib Presiden KEADILAN Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai pengerusi MPN Negeri Sembilan dan Melaka.

"Saya telah mempengerusikan mesyuarat bersama semua Ketua Cabang KEADILAN Negeri Sembilan, Melaka dan Johor pada malam ini bagi memuktamadkan proses pelantikan Pengerusi MPN bagi penggal 2022-2025.

"Setelah rundingan dibuat kesemua Ketua Cabang di Negeri Sembilan telah bersetuju untuk mengekalkan saudara Aminuddin Harun sebagai Pengerusi MPN Negeri Sembilan.

"Saudara Aminuddin juga akan turut memimpin MPN Melaka setelah mendapat persetujuan semua Ketua Cabang negeri," kata Anwar dalam satu kenyataan.

Ketua ketua Cabang Johor bermesyuarat bersama DS Anwar

Sementara itu, Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli dilantik menjadi pengerusi MPN Johor dengan persetujuan Ketua ketua Cabang negeri itu.

"Semua Ketua Cabang negeri Johor bersetuju dengan pelantikan saudara Rafizi Ramli sebagai Pengerusi MPN Johor.

"Saya berharap mereka dapat laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan serta dapat memantapkan gerak kerja KEADILAN mendepani Pilihan Raya Umum Ke-15," kata Anwar lagi.

Untuk rekod, sebelum ini Rafizi juga telah diamanahkan sebagai Pengerusi MPN KEADILAN Wilayah Persekutuan

    1