Feb 20, 20211 min

Pusat Khidmat Parlimen Pandan edar sayuran percuma

Pusat Khidmat KEADILAN Pandan baru-baru ini mengedarkan sayur-sayuran percuma sebagai sebahagian program Foodbank Parlimen berkenaan.

Menurut kenyataan KEADILAN Pandan, edran itu dibuat kepada warga Taman Cempaka.

"KEADILAN Cabang Pandan dengan usahasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Pandan dan Voice of Pandan telah berjaya mengedarkan sayur sayuran percuma kepada warga Taman Cempaka, Pandan

"Program edaran sayur-sayuran merupakan salah satu inisiatif bawah Foodbank Pandan sejak pelancarannya pada bulan Mac 2019 oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Pandan. Kini, program ini telah menjadi aktiviti mingguan kami," kata kenyataan di facebook Ruben De Saul Real.

Usaha tersebut diharap dapat mengurangkan beban kehidupan harian para penerima.

    0