Oct 20, 20211 min

PRN Melaka: KEADILAN mahu tanding 4 kerusi tambahan - Halim Bachik

KEADILAN mensasarkan tambahan 4 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Melaka, Halim Bachik, parti itu berhasrat bertanding 12 kerusi kali ini berbanding 8 kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu.

"KEADILAN akan kekal bertanding di 8 DUN yang ditandingi pada PRU 14 dan akan menambah 4 lagi kawasan daripada enam DUN yang ditandingi oleh Bersatu pada PRU lalu.

"KEADILAN mensasarkan 8 kawasan DUN untuk meraih kemenangan pada PRN ini," katanya.

Enam kerusi yang ditandingi Bersatu pada PRU ke lalu adalah Ayer Limau, Lendu, Asahan, Paya Rumput, Telok Mas dan Sungai Rambai.

KEADILAN berharap akan bertanding sebahagian daripadanya dan beroleh kemenangan berdasarkan mood semasa rakyat Melaka.

    1