Feb 5, 20231 min

PM jalani pemeriksaan di IJN, tidak hadir ke sambutan Thaipusam

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak hadir ke sambutan Thaipusam di Batu Caves hari ini kerana menjalani pemeriksaan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN).

"Pagi tadi jalani pemeriksaan kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN).

"Seusai pemeriksaan dan doktor mengesahkan kesihatan saya berada pada tahap yang baik, saya langsung menyambung tugasan bersama staf. Alhamdulillah," kata Anwar dalam catatan di Facebook petang tadi disertakan gambar beliau bersama kakitangan kanan Jabatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun menurut The Star, PM ingin bertemu wakil jawatankuasa kuil yang terlibat dengan sambutan Thaipusam di seluruh negara dalam masa terdekat.

Hal itu dinyatakan oleh Menteri Sumber Manusia V Sivakumar yang dipetik berkata mesyuarat tersebut akan diadakan dalam tempoh satu atau dua minggu lagi.

    1