Dec 17, 20231 min

PM hadiri makan malam delegasi ASEAN-Jepun

Perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menghadiri majlis makan malam delagasi ASEAN-Jepun bagi mengeratkan lagi hubungan diplomatik negara negara Asia Tenggara dan Jepun.

PM beramah mesra dengan gelegasi ASEAN

"Usai pertemuan rasmi semalam, saya dan Azizah sempat hadir ke majlis makan malam dihoskan oleh Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dan isterinya Yuko di Geihinkan, State Guesthouse Akasaka Palace.

"Seraya diapit Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, kesempatan makan malam itu juga digunakan untuk bertegur sapa dengan rakan pemimpin yang turut sama hadir ke Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun," katanya di Facebook.

PM berharap dan menitipkan doa agar hubungan antara Jepun dan negara negara ASEAN, khususnya Malaysia akan lebih utuh pada masa hadapan.

* Kredit foto: Sadiq Asyraf/PMO

    1