Mar 22, 20231 min

PM bertemu Presiden Singapura

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengadakan kunjungan hormat ke atas Puan Yang Terutama Halimah Yacob, Presiden Republik Singapura yang dalam rangka lawatan ke Malaysia.

Kunjungan itu merupakan pertemuan kedua Anwar dan Presiden Singapura selepas lawatan beliau tempoh hari ke negara seberang Selat Tebrau itu.

"Ini merupakan pertemuan kedua saya bersama Presiden Republik Singapura selepas lawatan rasmi saya ke Republik tersebut pada 30 Januari 2023 yang lalu.

"Kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh Menteri Luar Malaysia, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dan YB Dato’ Sri Hajah Nancy binti Hajah Shukri.

"Semasa pertemuan tersebut, kami bertukar pandangan berkenaan isu-isu dua hala yang berkepentingan bersama," katanya dalam catatan di Facebook.

    2