Mar 25, 20231 min

PM berangkat pulang, puas hati lawatan 3 hari ke Arab Saudi

Updated: Mar 26, 2023

Lawatan Perdana (PM) Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi berakhir hari ini.

Meskipun kerajaan Arab Saudi meminta agar lawatan tersebut dipanjangkan beberapa hari lagi untuk upacara bertemu Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan Putera Mahkota, Mohamad bin Salman namun kerana jadual yang padat PM terpaksa menolaknya.

"Berlepas ke ibu negara bersama Azizah dan delegasi selepas mengakhiri lawatan rasmi tiga hari ke Arab Saudi.

"Sebelum berangkat pulang, kerajaan Arab Saudi juga memohon agar saya melanjutkan lawatan ini bagi membolehkan beberapa pertemuan dengan pimpinan lain dilakukan.

"Saya ucapkan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi, namun atas kekangan waktu dan jadual mendatang yang agak padat saya harus pulang ke ibu negara," katanya.

Bagaimanapun Anwar berpuas hati dengan lawatan yang menemukannya dengan para pemain utama industri di negara itu dan kunjungan ke dua kota suci umat Islam, Mekah dan Madinah pada awal Ramadan.

"Kendatipun begitu, lawatan saya ke Arab Saudi ini amat positif dengan beberapa perbincangan dibuat bersama komuniti Islam dan perniagaan yang membolehkan hubungan kedua-dua negara terus berkembang.

"InsyaAllah saya akan kembali ke Arab Saudi bagi meneruskan hubungan baik yang telah terjalin ini," katanya lagi.

PM mempunyai jadual yang agak padat kerana dijadualkan menghadiri majlis iftar bersama Yang di-Pertuan Agong dan kemudian akan berlepas untuk melakukan lawatan rasmi ke Kemboja.

    3