Apr 151 min

PM Anwar ziarah bekas Bendahari ABIM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi sahabat lama yang juga bekas Bendahari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman di hospital.

Menerusi catatan di laman Facebook pada Ahad, Anwar menzahirkan rasa syukur dan gembira melihat Syed Ibrahim dalam keadaan baik.

"Sempat bicara panjang dengan beliau dan keluarga, terutamanya kenangan ketika bersama-sama dalam gerakan belia Islam dan aktivisme suatu ketika dahulu.

"Mendoakan saudara Syed Ibrahim segera sembuh dan dikurniakan keafiatan berpanjangan, InshaAllah," kata Anwar yang juga pemimpin pengasas dan presiden kedua pertubuhan belia Islam tersebut.

    1