Apr 221 min

PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas ini akan mempunyai 4 penasihat dasar dalam usaha memantapkan lagi dasar dasar pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Hal itu dinyatakan dalam satu kenyataan dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri, hari ini.

Menurut kenyataan itu, PM akan mendapat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi sejajar dengan falsafah Ekonomi MADANI.

"Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Hassan Marican dan turut dianggotai oleh Datuk Ahmad Fuad Md Ali, Profesor Dr Teah Kim Leng dan Dr Nungsari Ahmad Radhi.

"Penubuhan jawatankuasa ini susulan berakhirnya tempoh Jawatankuasa Penasihat Kepada Menteri Kewangan (ACFIN) pada Februari 2024 yang juga dipengerusikan oleh Tan Sri Mohd Hassan. Cadangan cadangan dikemukakan oleh ACFIN telah mendapat pertimbangan sewajarnya, dan sebahagian daripadanya kini dalam proses pelaksanaan," kata kenyataan tersebut.

Kenyataan itu turut memaklumkan sama seperti jawatankuasa penasihat sebelumnya, jawatankuasa ini juga tidak menerima sebarang bayaran daripada kerajaan.

    2