Mar 28, 20231 min

PM akhiri lawatan bersama jemaah masjid Masjid Al-Serkal

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhiri lawatan sehari beliau ke Kemboja malam tadi bersama jemaah di Masjid Al-Serkal.

Sebelum itu beliau menyertai majlis iftar khas yang dihoskan oleh Perdana Menteri Hun Sen bersama-sama golongan ilmuwan dan kira-kira 6,000 masyarakat Islam di Kemboja.

"Dalam ucapan, saya sempat titipkan penghargaan kepada Hun Sen atas kepedulian beliau yang menghargai dan menghormati umat Islam Kemboja dengan penganjuran majlis iftar khas ini.

"Selain delegasi kerajaan Malaysia dan komuniti masyarakat Islam di Kemboja, majlis iftar khas tersebut turut disertai mantan Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla dalam ruang lingkup bertukar pandangan mengenai isu-isu semasa," katanya.

Usai berbuka puasa itu, Anwar melawat Masjid Al-Serkal yang menjadi tumpuan umat Islam Kemboja dalam bulan Ramadan untuk bersolat tarawikh.

"Saya sempat menziarahi Masjid Al-Serkal dan menunaikan tarawikh bersama-sama kira-kira 300 umat Islam di situ selain menyampaikan sumbangan sebanyak RM50,000 untuk penambahbaikan masjid," katanya lagi.

    3