Oct 22, 20211 min

PH cabar pembubaran DUN Melaka di Mahkamah Tinggi

Updated: Oct 23, 2021

Pakatan Harapan Melaka mencabar pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka yang dilakukan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Ali Rustam pada awal bulan ini.

Hadir dalam pemfailan permohonan semakan kehakiman tersebut adalah Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, petang tadi.

Menurut peguamnya, Razlan Hadri permohonan itu juga akan menyemak kedudukan Ketua Menteri Sementara Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

"Tindakan undang-undang itu adalah berhubung pembubaran (DUN Melaka), dan kedudukan ketua menteri sementara (Sulaiman Md Ali) akan dibangkitkan.

"Menurut warta negari (bertarikh awal bulan ini), dia (Yang di-Pertua Negeri Melaka Mohd Ali Rustam) dinasihatkan oleh Sulaiman (untuk membubarkan DUN).

"Kami ingin melihat (melalui tindakan undang-undang) apakah Sulaiman boleh memberikan nasihat tersebut atau tidak," kata Razlan dipetik.

Permohonan tersebut menamakan Sulaiman, Speaker DUN Ab Rauf Yusoh, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Ali Rustam, sebagai responden.

    1