Oct 25, 20211 min

Petronas jual aset hampir RM10 bilion diusulkan, desak dibahas di Parlimen

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan usul kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat berhubung penjualan aset Petronas hampir RM10 bilion.

Ketua Pembangkang itu berkata, terdapat laporan yang mengatakan bahawa Petronas telah menjual aset gas di Azerbaijan.

Katanya, ia berikutan desakan kerajaan menaikkan bayaran dividen Petronas sebanyak RM25 bilion kepada kerajaan bagi tahun 2021.

"Ini adalah perkara mendesak yang perlu perhatian dan perbahasan terperinci serta menyeluruh di Dewan Rakyat.

"Saya berharap usul ini mendapat pertimbangan sewajarnya dari Yang di-Pertua Dewan Rakyat," katanya.

    1