Jan 29, 20231 min

Pertimbangkan pramugari muslimah berpakaian tutup aurat - ABIM Kelantan

Angkatan Belia Islam Kelantan (ABIM Kelantan) menggesa Kerajaan Malaysia mempertimbangkan isu pramugari muslimah yang ingin berpakaian menutup aurat agar dibenarkan berbuat demikian.

Menurut Yang Dipertua ABIM Negeri Kelantan, Mohd Syahiran Muhammad, isu berkenaan penting memandangkan hal itu termasuk dalam hak kebebasan mengamalkan ajaran agama secara aman dan harmoni seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh itu ABIM Kelantan berharap pihak Kementerian Pengangkutan khususnya Tuan Anthony Loke untuk mengemukakan satu dasar baharu bagi memastikan semua syarikat penerbangan di Malaysia memberi kelonggaran kepada pramugari menutup aurat," kata Syahiran dalam kenyataan.

Selain itu ABIM Kelantan juga, katanya, mengucapkan tahniah di atas perkembangan baik dan perubahan mengutamakan merakyat yang dibawa oleh Kementerian Pengangkutan di bawah Loke ketika ini.

    1