May 12, 20211 min

Penyelaras DUN Panti santuni masyarakat akhir Ramadan

Penyelaras DUN Panti, Fakharuddin Moslim baru-baru ini turun menyantuni masyarakat di program anjuran bersama KEADILAN Cabang Tenggara, Johor.

Menurut satu kenyataan, program diadakan di Kampung Felda Pasir Raja, yang terletak dibawah Dun Pasir Raja, di Parlimen Tenggara.

"Kami dapat memperkenalkan diri dan beramah mesra dengan penduduk di kawasan tersebut dalam program tersebut. Antara yang disantuni ibu tunggal dan anak yatim. Mereka yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19.

"InshaAllah, #TeamPanti dengan kerjasama KEADILAN Cabang Tenggara akan terus mara dengan menawarkan politik khidmat bakti kepada masyarakat," kata kenyataan itu.

    0