May 4, 20211 min

Penyelaras DUN Kota Tinggi santuni pengunjung bazar Ramadan

Penyelaras N34 DUN Panti, Fakharuddin Moslim baru-baru ini bersama Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kota Tinggi dan #TeamPanti menyantuni pengunjung bazar Ramadan di Kota Jaya dengan mengedarkan kurma.

Menurut Fakharuddin yang juga Ketua AMK Kota Tinggi, program itu juga untuk memperkenalkan diri dan beramah mesra dengan pengunjung yang hadir ke bazar berkenaan.

"Kami menerima respons yang baik apabila memperkenalkan diri sebagai wakil dari KEADILAN

"Selain ingin memperkukuhkan penerimaan rakyat terhadap KEADILAN, mesej kita juga jelas, iaitu ingin merampas DUN Panti yang sekian lama di bawah penguasaan BN dan bawa perubahan kepada penduduk setempat," katanya.

    1